Maaaaaffffff, berhabuk blog den..
Ok, moh sambung entri lepas...
Esoknya, mak aku terus bawak aku pergi hospital swasta dekat Kota Bharu.
Yup, SWASTA, sebab masa ni, aku dah give up nak pergi hospital kerajaan. Bukan sekali tau aku pergi sana, jumpa diorang. Aku memang nak elak pergi swasta. Pertama sebab kos. Tapi dah ditakdirkan aku kena pi sana, nak buat caner.
Ok, pengalaman dekat hospital kerajaan ni, ada dua, satu dekat Besut satu dekat KT. Dekat hos Besut, masa ni 1st time. Aku sabar gila tunggu turn. Dengan sakitnya, YA ALLAH. Masa turn aku jumpa doktor, macam biasa, aku bagitau aku sakit kat mana, bla bla bla bla n blaaaaaaa. Dah siap cek, dia boleh cakap,
"Nak x-ray tak?"
baru aku nak jawab, dia dah jawab,
"Tak payah la ye, sakit biasa je ni."
Ermm. Ok. Dia cakap sakit biasa. BIASA.
Masa tu, tahap kesakitan dia, aku boleh sabar dan tahan lagi. Aku blah, amik ubat, makan, pi kelas.
Masa dekat tempat belajar, KT. Aku tak puas hati, aku nak cuba cek lagi sekali, sebab aku rasa kalau biasa, apsal benda ni tak hilang? Tambah sakit ada lah.. 😔
Servis pesakit luar kat hos KT mmg tip top. Laju! Mungkin sebab tak ramai kot. Tapi aku prefer sini, tempat menunggu luas dan pengaliran udara dia baik, so, aku rasa macam takde lah sesak nafas, tak macam Hosbes. Sama. Aku bagitau sebijik macam yang aku bagitau doktor kat Hosbes. Kat sini, diorang suruh cek air kencing. Diorang kata aku ni kena jangkitan kuman. Darah kotor. Again, bagi ubat, then siap.
Masa ni aku rasa, "ape la ko ni, doktor cakap ko takde pape, takde la, ko yang lelebih."
Haaaaaa, tu pengalaman aku masa pi hospital kerajaan. Dekat hospital swasta ni pulak, dalam mindset aku, diorang nak duit je. HAHAHAHA! Maaf doktor2 sekalian. Semua mindset masyarakat kat luar sana sama okeh!!
Ok, masa kat hospital swasta ni, aku dah terhincut-hincut kan? Park je kereta, aku pon jalanlah dengan sedihnya sampai dekat lobby hospital. Sakit tak yah cakap, 3 kali ganda sakit dia. Tuhan sahaja yang tau. Masa aku pi ni, aku ngan mak aku ja, adik aku masa tu kat MRSM. So, x leh keluar sesuka hati dia, so aku tinggal kan je la sebab aku tak rasa aku kena admit ward. TAPI, mak den dah siap pack baju dia dengan aku, siap dengan buku2 ilmiah dia, SEMUA. Dia macam tau je aku kena admit.
Terjengul je muka aku dekat lobby, staff hos tu semua tengok dekat aku.
"Eh, dik, boleh jalan tak ni??"
"Huhu, boleh je ni."
Muka diorang cam risau kot. Siap nak pimpin aku.
Sorang lagi staff terus amik kerusi roda, suh aku duduk. Aku malas nak cakap banyak, duduk. HAHAHA.
Staff diorang akan tolak sampai dekat area pesakit luar. Mak aku ikot je belakang staff ni. Sampai je dekat kaunter pesakit luar, dari sini staff department ni pulak akan tolak aku. Dah daftar semua, aku dirujuk teruih pada doktor pakar tulang. Doktor SK diberi nama. Bukan Shah Rukh Khan.
"Cik Norfatihah!"
Aku angkat tangan macam budak darjah satu. Aku suka dekorasi bilik doktor ni. Cantik!! Siap ada air terjun, aku suka bunyi dia, tenang sangat.
Dalam bilik tu, Ya Allah! Dia lah doktor paling garang aku pernah jumpa! Mampus aku kalau dia baca ni. HAHAHAHA.
Lepas dia cek aku, dia suruh pergi buat x-ray dulu. Aku kena x-ray bahagian lumbar. So, position dia, akan lain sikit. Aku kena baring mengiring, bongkok kan badan n bla bla blaaaa.
Siap!
Tak sempat aku nak menapak keluar dari bilik x-ray tu. Doc dah panggil aku tuk MRI. Aku macam, eh, pehal plak. Teruk sangat ke?
Masa MRI, Ya Rabbi. Akukan tak boleh baring terlentang. MRI ni memerlukan aku baring terlentang dalam tempoh sekurang-kurangnya 45 minit tanpa bergerak! Aku dah mula bayangkan azab sakitnya nak baring terlentang ni. Adoiiih. MRI tak sakit langsung. Jangan risau, cuma bunyi dia tu je lah memekak sikit.
Aku ingat lagi masa aku kena ugut sebelum MRI tu dengan pekerja kat situ. Oh ya, masa MRI, diorang akan bagi kita pegang satu wayar button merah. In case korang sakit, korang tekan button tu, automatik mesin tu akan stop. So, masa ni la diorang cakap, "kalau sakit sangat sampai rasa tak boleh tahan, tekan button ni, tapi, lagi lama la awak dalam bilik ni. Awak kena mula balik scan MRI dari awal yee."
Mukaaaaa diaaa. Hahahhahahah, Aku rasa cam.... Ye la, Diorang kena start dari awal kot! Maksud, lagi lama diorang kena hadap muka aku.
Siap semua. Settle!
Report pon kluaqqq..
Tulang aku dah haussssss... dari elok empat segi tulang kita tu, siap berbucu, tulang L5 aku dah membulattt..
Tak yah pikir panjang, truih admit and proceed pembedahan..
Aku punya pembedahan “Posterior Lumbar Interfusin” aka PLIF.. Korang boleh google procedure dia cane.. Aku dapat 4 screw and 2 plat..
Aku sebenar baru habis shift malam nii. hahaha.. mengantuk dah mngundang.. nanti aku sambung lagi.. 😘