Assalammualaikum W.B.T.
Pergh. Aku rasa macam skema je tajuk dia. Abaikan.
AKU.
Yup. Perkataan itu akan digunakan dalam blog ni. Take it easy. Anggap aku macam kawan korang je. No big deal. Eleh, bukan ko kenal aku depan-depan pon. KECUALI doktor-doktor aku yang pernah merawat aku. HAHA!
Ok, sebab musabab boleh munculnya blog ni sebab aku nak share dekat sesiapa lah pon yang penyakitnya nak sama or sama dengan aku.
"Apa penyakit kau sampai kau sibuk nak share sangat ni?" Spondylolisthesis. APA TU? Kalau ko tanya soalan tu empat tahun dulu, sah-sah aku abaikan ko je. Ni ha penjelasan dia. Aku assume korang dapat kredit dalam subjek bahasa Inggeris sebab aku malas nak translate. Seperti biasa, penjelasan ni ehsan dari BFF aku masa tengah buat assignment dekat universiti dulu. Aku selalu copy bulat-bulat hasil kerja dia. Dia tak kisah pon. Nah, Tuan/Puan WIKIPEDIA.
"Spondylolisthesis is the forward displacement of a vertebra, especially the fifth lumbar vertebra, most commonly occurring after a break or fracture. The variant "listhesis," resulting from division of this compound word, is sometimes applied in conjunction with scoliosis. These "slips" occur most commonly in the lumbar. Spondylolysis (a defect or fracture of the pars interarticularis of the vertebral arch) is the most common cause of spondylolisthesis, which should not be confused with a slipped disc, in which one of the spinal discs in between the vertebrae has ruptured."
Kesimpulannya, tulang belakang korang tu beralih KEDEPAN sebab tulang ko patah. Kalau tulang tu beralih kebelakang, nama penyakit dia pon dah lain, dia akan jadi Retrolisthesis. Rujuk gambar. Macam kes aku, tulang yang terlibat adalah L5 S1. Nampak aku highlight "fifth lumbar vertebra" ? L5 tu Lumbar 5 la ye. S1 tu merujuk pada Sacrum. Tulang jugak, dia bawah
lumbar. So, aku kena sacral segmen 1. Pheww, rasa macam doktor sekejap
explain menda alah ni. PERASAN! Ok, proceed.
"Kenapa nak share?" Ok, sebab, berdasarkan pengalaman aku sendiri lah, bila aku google pasal pengalaman sesiapa rakyat Malaysia yang pernah merasa azab penyakit ni, TIADA. Mostly article dari negara luar, yang dah pasti berbeza dari kita. Apapon cara diorang rawat tu masih sama. Jangan salah faham. Maksud aku yang berbeza tu ialah doktor yang diorang rujuk. So, kalau kita nak rujuk dia pon, dah sah-sah jauhkan? Pasai tu aku nak share. (Btw, semua hospital dan nama doktor, adalah rahsia. Kalau nak tau, just email aku personal.)
Orait, next post baru aku explain sesatu. Dah nama pon intro. Sikit sudah laa. Bye!
Adakah terdapat rawatan utk pulih selain drpd pembedahan
ReplyDelete